Sunday 8 October 2017

PENGALAMAN MENGGUNAKAN SET BERSALIN NONA ROGUY, SALINDAH, DAN SET BERSALIN WARISAN AFIAT (HIJAU)



samsungmom telah menggunakan set bersalin ini untuk 3 kelahiran. Ia nya sangat memuaskan. samsungmom berpantang sendiri tanpa ditemani keluarga pada waktu kelahiran pertama (Faktor pekerjaan). Jadi segalanya harus di jaga sendiri, dari menguruskan diri sehingga menguruskan anak. Pada awalnya terasa seperti kurang yakin untuk berpantang sendirian, namun dengan bantuan bahan bacaan, dan juga website-website berpantang , ia dapat dilakukan dengan selama 100 hari (pantang).
set bersalin nonaroguy banyak memberikan saya kekuatan terutama pada tempoh 2 minggu pertama selepas bersalin. terutamanya pil phytonatal,dan  teh akar kayu membantu mengeluarkan angin dan memulihkan tenaga dalaman. Yang paling penting ia menbantu proses nyahtinja (berak ) dengan sangat lancar tanpa menyakitkan langsung.

 2 minggu pertama adalah saat yang mana tubuh ibu-ibu masih lemah dan sangat lemah. Terutamanya apabila bayi yang baru lahir lebih kerap  menyusu pada minggu kedua- setiap 1 jam sekali. oleh sebab itu tempoh rehat yang berkualiti agak terganggu. Jadi sangat penting untuk ibu-ibu mencari set bersalin yang menbatu proses "rehat" dalaman.  selain itu saya terasa tubuh saya lebih ringan selepas 2 minggu kelahiran.luka luaran (episiotomi) lekas sembuh selepas 2 minggu. namun harus di ingat pemakaian set bersalin ini memerlukan disiplin diri, yang mana ia sangat berkesan jika kita ikut saranannya dengan baik.

manakala untuk kelahiran kedua & ketiga, saya telah menggunakan minyak herbanika untuk mengurut/ meringankan tubuh yang sakit-sakit akibat heavy pregnancy, terutamanya sewaktu semester terakhir kandungan. Ia dapat membantu tidur yang lebih lena di malam hari. sewaktu mengandung saya sapukan minyak herbanika pada kaki, betis peha, bahu, bahagian atas belakang dan juga ubun-ubun. Ianya sangat menenangkan dan membantu saya tidur dengan lebih lena (semester 3).
nonaroguy membantu saya menurunkan dan menstabilkan berat badan saya dengan cepat malah saya lebih langsing dari sebelum bersalin!dan lebih bertenaga.




set bersalin salindah saya sulam pengunaannya dengan set bersalin nonaroguy. terutamanya selepas kelahiran anak kedua , kerana anak kedua saya mengalami jaundis jadi saya kurangkan penggunaan herbal set dan menggunakan set homeopathy salindah. pada kelahiran kedua, set salindah tidak menyediakan L11( kerana tidak mendapat kelulusan kkm). namun,L11 adalah tonik yang sedap dan sangat berguna untuk memanaskan ibu-ibu dalam pantang (namun hati-hati ia boleh menberi kesan jaundis kepada bayi menyusu badan-kerana kandungan herbalnya).Jadi pengunaan tonik yang baik adalah dalam jarak masa yang jauh lebih sesuai.

set salindah, ia tidak memberi kesan yang memberangsangkan pada penurunan berat badan atau pun pada tenaga dalaman. malah penggunaanya memerlukan disiplin yang sangat tinggi kerana kita perlu menelan pil2x itu dengan kerap dan banyak.pada 2minggu pertama kelahiran saya memerlukan rehat yang banyak, jadi kadang2x saya termiss juga pengambilannya. ia memerlukan kita menggunakannya dengan disiplin yang tinggi dan berterusan sehingga habis semua sekali, barulah ia akan menampakkan keberkesannya kepada tenaga dan dalaman wanita kita. namun ia selamat untuk ibu-ibu yang mudah alah pada herbal method.


ia murah,produk malaysia. minyak hangatnya boleh digunakan sebelum bersalin(mengandung). herbal method. (to be updated later)



No comments:

Post a Comment