Sunday 19 November 2017

Set tilam bayi saiz playpen / baby playpen size baby duvey set Only RM105 (SUPER BASIC ADLIENA) free shipping

Super Basic Adliena baby duvey set / super basic adliena set tilam bayi ONLY RM 105


super basic adliena set tilam bayi consists of

1 pillow
2 bolster
1 blanket
1 mattress

ini ialah set adliena the series. set tilam bayi ini hanya Rm105. boleh tempah di sini jika berminat.



play pen size baby duvey set Adyliea Series (RM 155 with free shipping) pillows + bolsters + blanket @ sett tilam bayi saiz playpen (RM 155 with free shipping) bantal + bolsters+ selimut

Ini ialah hasil kerja tangan samsungmom. I just like to sew somethings untuk mengisi masa lapang dirumah. jadi sesiapa yang berminat boleh lah menempah dengan samsungmom ye.







Friday 3 November 2017

dengarlah ceritaku (1) menjadi stay at home mum dan work at home mum itu ibarat menjadi seekor ibu burung ini.

bukan semua manusia yang bergelar wanita itu bisa menjadi ibu, dan bukan semua wanita itu bisa mengejar impian tanpa banyak halangan.


sometimes my life is  like an imagery of   "a mother bird,

 nesting on a high top tree with its two kids while another one is about to hatch, the tree is really tall that it does not have much leaves or branches on it. lagaknya seperti pokok apa itu yang tumbuhnya tinggi...tualang?

sarang itu ibarat suamiku, ibu burung yang sedang mengandung itu aku, dan 2 anak burung kecil itu anak-anakku,

ia bersarang pada tempat tinggi yang tiada teduhan daunan atau ranting-ranting ,yang hanya berbumbungkan langit. pada firasatnya untuk melindungi anak-anak kecilnya daripada binatang pemangsa di atas tanah , dan binatang-binatang yang lain, yang mana bisa mengapai sarang mereka dari daratan tanah.

namun, dia juga menyedari bahawa tiada reranting dan daunan bermakna tiada teduhan dan munkin akan berhadapan dengan ancaman burung-burung pemangsa yang lain.

baginya untuk mempunyai teduhan  itu bukan mudah dan cukup mahal harganya. mahal bagi ibu burung yang terpaksa memilih antara membina teduhan atau tidak memiliki teduhan buat suatu waktu yang lama. .

teduhan itu ibarat pendapatan(salary) ibu burung dan pokok tinggi itu ibarat pendapatan daripada suamiku (sang sarang)


dan ibaratnya burung -burung pemangsa itu adalah ancaman keluarga yang suka mengambil kesempatan dan cuba memusnahkan samada sarangnya ,anak-anaknya, dirinya atau pokok yang tempat mereka bertenggek itu sendiri.

apabila ibu burung memilih untuk tidak membina teduhan buat sementara waktu untuk menjaga anak-anaknya yang masih kecil di sarangnya sendiri, ia menjadi berita hangat bagi burung burung pemangsa , mereka cuba mencatuk-catuk si  ibu burung dan cuba melobang-lobangkan sang sarang tanpa henti, apakah niat mereka itu? tentulah menghancurkan kesederhanaan dan kebahagian mereka sekeluarga.

 tanpa di sedari oleh sang sarang, si ibu burung mencabut bulu-bulunya yang kejatuhan dan menampal-nampal pada lobang itu. lalu berdoa agar sayapnya tidak dicatuk oleh burung-burung pemangsa agar anak-anaknya masih kekal tersenyum. si ibu burung memayungi anak-anaknya dalam sayapnya, agar tidak terkena gegaran daripada sang burung pemangsa.


kadang-kadang si ibu burung terasa sayapnya kian lenguh kian berat, lebih-lebih lagi apabila pertolongan Allah itu datang melindungi mereka dalam bentuk cuaca. Cuaca adalah satu makhluk Allah yang sifat nya yang tidak menentu. ada masanya hujan, ada masanya panas, ada masanya berangin dan ribut....namun tenang dan redup sepoi-sepoi bahasa itu jarang sekali hadir untuk mereka.

nah! tentulah cuaca mampu mempengaruhi keteguhan sayap si ibu burung yang menjadi atap sementara buat anak-anaknya.Untuk melindungi mereka sekeluarga, cuaca kadang-kadang menjadi sangat panas, dan hampir sahaja menghauskan ibu burung dan mengeringkan sarangnya.
dan kadang-kadang ribut angin dan hujan datang silih berganti...mengoyahkan sang sarang di pokonya. sayapnya tentulah menjadi basah....kerana cuaca.

bagi ibu burung itu pertolongan sedemikian bisa menjauhkan para sang burung-burung pemangsa. namun ia juga sedikit sebanyak memberi kesan
kepada keadaan si ibu burung. namun ia tetap bersyukur kerana cuaca sedemikian banyak membantu si ibu burung untuk melindungi sarangnya, anak-anaknya daripada malapetaka yang hadir bersama sang burung-burung pemangsa.

ia tertanya-tanya sampai bilakah mereka perlu berhadapan dengan para sang pemangsa? tidak bisakah kita lari daripadanya? atau melawannya? atau sampai bilakah teduhanku adalah sayapku? bilakah anak-anak dan dirinya akan terbang keluar daripada sarang itu dan terbang bebas di angkasa?
bagaimanakah sang sarang nanti apabilaia memilih untuk kembali membina teduhan dan membawa bersama anak-anaknya yang sudah bisa terbang? atau apakah ia lebih baik meninggalkan mereka di sarangnya sahaja..? apakah sang sarang alone boleh menangkis serangan sang burung-burung pemangsa? apakah teduhan di luar sana mampu dimiliki oleh si ibu burung pada ketika itu? apakah ia bisa menghadapi cabaran membina teduhan di luar sana...? atau mencari sarang yang baru...?

sesungguhnya si ibu burungitu tidak tahu.

Sunday 29 October 2017

BABY SWADDLE COTTON & MUSLIN / SELIMUT BAYI DARI COTTON & MUSLIN $35 for three blankets/swaddle with free shipping (promo)/ (if you buy more than 3 we will give you special pillow case & bolster case matching with it)

The baby swaddle / blanket of cotton printed fabric  & cotton muslin inside.


REDBASE polkadoted swaddle/blanket 


this is the A sample of polkadoted baby's swaddle of red base. You can see that inside / at the back of the swaddle is the cotton muslin layered. Both are breathable and very comfy for baby's soft skin.




Here is of A sample (back layered) it is detailed with super hand sewed pattern inside and outside of it. 



This is a B sample of redgreen base



Here is the inside look of hand sewed pattern




Hello,mommys &daddys here are the samples of baby swaddles from cotton fabric and cotton muslin. They are very comfortable and certainly of breathable materials .  This blanket or swaddle comes with many different base colour. You can choose colour of your own by telling us which colour is your favourite~ samsungmom would be please to entertain your need. 

by samsungmom & baby.co




Sunday 15 October 2017

Makanan Pembangkit Nafsu (1001 rahsia kamar)

1. SELEDRI

-dimakan mentah, dijadikan ulam-ulaman. Ia kaya dengan Androsterone,Hormon yang tidak berbau yang di hasilkan suami ketika pasangan mula terangsang.

2. Tiram mentah :

kaya dengan zink yang meningkatkan penghasilan sperma.ia juga mengandungi dopamine, hormon yang meningkatkan kenikmatan seksual.

3. pisang:
pisang kaya dengan bromelan,yang dapat meningkatkan libidokaumsuami, selain itu, pisang merupakan sumber potassium dan vitamin B seperti riboflavin yang dapat meningkatkan tahap tenaga.

4. Avokado :
Avokado kaya dengan asid folik yang membantu metabolisme protein untuk menambah tenaga . Avokado kaya dengan vitamin B6 ( zat yang meningkatkan penghasilan hormone suami dan potassium untuk mengatur kelenjar tiroid isteri), 2 elemen ini dapat menbantu suami dan isteri dan memadai dengan memakan avokado yang telah masak.

(preschoolers reading materials) Adyliea & Adliena The Series (3) WE HAVE NEW FRIENDS


Adyliea & Adliena are sisters, They are playing together today.They want to have new friends to play along with them. But who could they be?




They are Aus, Sofia and Adele who come to their house today. What a pleasant surprise! says Adyliea. They are joking around together.Adele makes fun of Aus by throwing dried leaves to him.


Suddenly, mommy says, let's play in the pool. Heyhoo! all the kids shout. We are playing in a mini pool together.



It is almost late evening that all the three friends decide to return home. they are saying goodbye to each other and promise to meet again when there are free time. See you soon! says Adliena.


Monday 9 October 2017

SApelah yang baca blog zaman sekarang ni ? zaman kemelesetan.kalau adapun hanyalah.....

sapelah yang baca blog zaman sekarang ni? kalau ada pon hanyalah mereka yang sangat free...sape? zaman sekarang ni penduduk malaysia tengah susah.mereka lebih cari duit lagi daripada membaca! kalau adapon yang baca blog tentulah untuk mereka yang stress...macam-macam stress...ada yang baca blog lawak dan melawak sahaja. kembali pulak kepada sapelah yang tengok tv sekarang ni? sekarang dah ada TV online...tv internet....boleh pilih nak tgk movies apa bagai...tengok sajalah channel warna tu...walopon retis-retis duk buat bagai2x lawak kat situ...sgt menampakkan pelbagai usaha keras di buat utk bertahan di dalam channel itu yang sudah semakin kurang peminatnya. apa sebenarnya yang rakyat malaysia ni buat?xbaca buku, xbaca blog, xtgk  tv,....maybe berniaga apa-apa sahaja. tapi sape nak beli skrng? semua org berniaga dan bertahan hidup dengan apa yang ada sahaja?

Sunday 8 October 2017

PENGALAMAN MENGGUNAKAN SET BERSALIN NONA ROGUY, SALINDAH, DAN SET BERSALIN WARISAN AFIAT (HIJAU)



samsungmom telah menggunakan set bersalin ini untuk 3 kelahiran. Ia nya sangat memuaskan. samsungmom berpantang sendiri tanpa ditemani keluarga pada waktu kelahiran pertama (Faktor pekerjaan). Jadi segalanya harus di jaga sendiri, dari menguruskan diri sehingga menguruskan anak. Pada awalnya terasa seperti kurang yakin untuk berpantang sendirian, namun dengan bantuan bahan bacaan, dan juga website-website berpantang , ia dapat dilakukan dengan selama 100 hari (pantang).
set bersalin nonaroguy banyak memberikan saya kekuatan terutama pada tempoh 2 minggu pertama selepas bersalin. terutamanya pil phytonatal,dan  teh akar kayu membantu mengeluarkan angin dan memulihkan tenaga dalaman. Yang paling penting ia menbantu proses nyahtinja (berak ) dengan sangat lancar tanpa menyakitkan langsung.

 2 minggu pertama adalah saat yang mana tubuh ibu-ibu masih lemah dan sangat lemah. Terutamanya apabila bayi yang baru lahir lebih kerap  menyusu pada minggu kedua- setiap 1 jam sekali. oleh sebab itu tempoh rehat yang berkualiti agak terganggu. Jadi sangat penting untuk ibu-ibu mencari set bersalin yang menbatu proses "rehat" dalaman.  selain itu saya terasa tubuh saya lebih ringan selepas 2 minggu kelahiran.luka luaran (episiotomi) lekas sembuh selepas 2 minggu. namun harus di ingat pemakaian set bersalin ini memerlukan disiplin diri, yang mana ia sangat berkesan jika kita ikut saranannya dengan baik.

manakala untuk kelahiran kedua & ketiga, saya telah menggunakan minyak herbanika untuk mengurut/ meringankan tubuh yang sakit-sakit akibat heavy pregnancy, terutamanya sewaktu semester terakhir kandungan. Ia dapat membantu tidur yang lebih lena di malam hari. sewaktu mengandung saya sapukan minyak herbanika pada kaki, betis peha, bahu, bahagian atas belakang dan juga ubun-ubun. Ianya sangat menenangkan dan membantu saya tidur dengan lebih lena (semester 3).
nonaroguy membantu saya menurunkan dan menstabilkan berat badan saya dengan cepat malah saya lebih langsing dari sebelum bersalin!dan lebih bertenaga.




set bersalin salindah saya sulam pengunaannya dengan set bersalin nonaroguy. terutamanya selepas kelahiran anak kedua , kerana anak kedua saya mengalami jaundis jadi saya kurangkan penggunaan herbal set dan menggunakan set homeopathy salindah. pada kelahiran kedua, set salindah tidak menyediakan L11( kerana tidak mendapat kelulusan kkm). namun,L11 adalah tonik yang sedap dan sangat berguna untuk memanaskan ibu-ibu dalam pantang (namun hati-hati ia boleh menberi kesan jaundis kepada bayi menyusu badan-kerana kandungan herbalnya).Jadi pengunaan tonik yang baik adalah dalam jarak masa yang jauh lebih sesuai.

set salindah, ia tidak memberi kesan yang memberangsangkan pada penurunan berat badan atau pun pada tenaga dalaman. malah penggunaanya memerlukan disiplin yang sangat tinggi kerana kita perlu menelan pil2x itu dengan kerap dan banyak.pada 2minggu pertama kelahiran saya memerlukan rehat yang banyak, jadi kadang2x saya termiss juga pengambilannya. ia memerlukan kita menggunakannya dengan disiplin yang tinggi dan berterusan sehingga habis semua sekali, barulah ia akan menampakkan keberkesannya kepada tenaga dan dalaman wanita kita. namun ia selamat untuk ibu-ibu yang mudah alah pada herbal method.


ia murah,produk malaysia. minyak hangatnya boleh digunakan sebelum bersalin(mengandung). herbal method. (to be updated later)