Sunday 19 November 2017

Set tilam bayi saiz playpen / baby playpen size baby duvey set Only RM105 (SUPER BASIC ADLIENA) free shipping

Super Basic Adliena baby duvey set / super basic adliena set tilam bayi ONLY RM 105


super basic adliena set tilam bayi consists of

1 pillow
2 bolster
1 blanket
1 mattress

ini ialah set adliena the series. set tilam bayi ini hanya Rm105. boleh tempah di sini jika berminat.



play pen size baby duvey set Adyliea Series (RM 155 with free shipping) pillows + bolsters + blanket @ sett tilam bayi saiz playpen (RM 155 with free shipping) bantal + bolsters+ selimut

Ini ialah hasil kerja tangan samsungmom. I just like to sew somethings untuk mengisi masa lapang dirumah. jadi sesiapa yang berminat boleh lah menempah dengan samsungmom ye.







Friday 3 November 2017

dengarlah ceritaku (1) menjadi stay at home mum dan work at home mum itu ibarat menjadi seekor ibu burung ini.

bukan semua manusia yang bergelar wanita itu bisa menjadi ibu, dan bukan semua wanita itu bisa mengejar impian tanpa banyak halangan.


sometimes my life is  like an imagery of   "a mother bird,

 nesting on a high top tree with its two kids while another one is about to hatch, the tree is really tall that it does not have much leaves or branches on it. lagaknya seperti pokok apa itu yang tumbuhnya tinggi...tualang?

sarang itu ibarat suamiku, ibu burung yang sedang mengandung itu aku, dan 2 anak burung kecil itu anak-anakku,

ia bersarang pada tempat tinggi yang tiada teduhan daunan atau ranting-ranting ,yang hanya berbumbungkan langit. pada firasatnya untuk melindungi anak-anak kecilnya daripada binatang pemangsa di atas tanah , dan binatang-binatang yang lain, yang mana bisa mengapai sarang mereka dari daratan tanah.

namun, dia juga menyedari bahawa tiada reranting dan daunan bermakna tiada teduhan dan munkin akan berhadapan dengan ancaman burung-burung pemangsa yang lain.

baginya untuk mempunyai teduhan  itu bukan mudah dan cukup mahal harganya. mahal bagi ibu burung yang terpaksa memilih antara membina teduhan atau tidak memiliki teduhan buat suatu waktu yang lama. .

teduhan itu ibarat pendapatan(salary) ibu burung dan pokok tinggi itu ibarat pendapatan daripada suamiku (sang sarang)


dan ibaratnya burung -burung pemangsa itu adalah ancaman keluarga yang suka mengambil kesempatan dan cuba memusnahkan samada sarangnya ,anak-anaknya, dirinya atau pokok yang tempat mereka bertenggek itu sendiri.

apabila ibu burung memilih untuk tidak membina teduhan buat sementara waktu untuk menjaga anak-anaknya yang masih kecil di sarangnya sendiri, ia menjadi berita hangat bagi burung burung pemangsa , mereka cuba mencatuk-catuk si  ibu burung dan cuba melobang-lobangkan sang sarang tanpa henti, apakah niat mereka itu? tentulah menghancurkan kesederhanaan dan kebahagian mereka sekeluarga.

 tanpa di sedari oleh sang sarang, si ibu burung mencabut bulu-bulunya yang kejatuhan dan menampal-nampal pada lobang itu. lalu berdoa agar sayapnya tidak dicatuk oleh burung-burung pemangsa agar anak-anaknya masih kekal tersenyum. si ibu burung memayungi anak-anaknya dalam sayapnya, agar tidak terkena gegaran daripada sang burung pemangsa.


kadang-kadang si ibu burung terasa sayapnya kian lenguh kian berat, lebih-lebih lagi apabila pertolongan Allah itu datang melindungi mereka dalam bentuk cuaca. Cuaca adalah satu makhluk Allah yang sifat nya yang tidak menentu. ada masanya hujan, ada masanya panas, ada masanya berangin dan ribut....namun tenang dan redup sepoi-sepoi bahasa itu jarang sekali hadir untuk mereka.

nah! tentulah cuaca mampu mempengaruhi keteguhan sayap si ibu burung yang menjadi atap sementara buat anak-anaknya.Untuk melindungi mereka sekeluarga, cuaca kadang-kadang menjadi sangat panas, dan hampir sahaja menghauskan ibu burung dan mengeringkan sarangnya.
dan kadang-kadang ribut angin dan hujan datang silih berganti...mengoyahkan sang sarang di pokonya. sayapnya tentulah menjadi basah....kerana cuaca.

bagi ibu burung itu pertolongan sedemikian bisa menjauhkan para sang burung-burung pemangsa. namun ia juga sedikit sebanyak memberi kesan
kepada keadaan si ibu burung. namun ia tetap bersyukur kerana cuaca sedemikian banyak membantu si ibu burung untuk melindungi sarangnya, anak-anaknya daripada malapetaka yang hadir bersama sang burung-burung pemangsa.

ia tertanya-tanya sampai bilakah mereka perlu berhadapan dengan para sang pemangsa? tidak bisakah kita lari daripadanya? atau melawannya? atau sampai bilakah teduhanku adalah sayapku? bilakah anak-anak dan dirinya akan terbang keluar daripada sarang itu dan terbang bebas di angkasa?
bagaimanakah sang sarang nanti apabilaia memilih untuk kembali membina teduhan dan membawa bersama anak-anaknya yang sudah bisa terbang? atau apakah ia lebih baik meninggalkan mereka di sarangnya sahaja..? apakah sang sarang alone boleh menangkis serangan sang burung-burung pemangsa? apakah teduhan di luar sana mampu dimiliki oleh si ibu burung pada ketika itu? apakah ia bisa menghadapi cabaran membina teduhan di luar sana...? atau mencari sarang yang baru...?

sesungguhnya si ibu burungitu tidak tahu.